Feed on
Posts
comments

..Untuk Terakhir Kali..

salam..

utk mereka yang sudi menjenguk ke laman ini..

maaf terlalu sibuk dgn tugas yang diamanahkan oleh Nya.. sehingga sukar mencari ruang mencoret di sini.

terima kasih utk semua yang pernah ada dan sentiasa di ada di sisi..moga Allah berikan yang terbaik untuk kalian..

semua manusia insan mempunya harapan dan impian hidup masing2.. dan kadangkala sesuatu impian sukar kita gapai..dan membuatkan air mata mengalir dek ketidak mampuan kita yang terbatas ini.

tapi jangan sedikit mengalah ,setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya..termasuklah cinta.. hadir tanpa diundang pergi tanpa meninggalkan pesan.. puas kita bermohon pd Allah..andai dirinya bukan untuk kita..maka lepaskanlah dirinya agar tidak dibelenggu rasa bersalah..

untuk kamu..

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.

Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.

Namun tanpa lidah,

CINTA ternyata lebih terang

Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya

Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA

Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya

Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur

CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

moga ..diberikan yang terbaik dlm hidup.. segala impian awk.. tercapai..doakan saye dan terima kasih … CINTA

…tiada tajuk…

Bismillah

cekguaini

UM,KL

salam..lega rasanya selesai paper terakhir tadi..alhamdlillah.. mudah mudahan najah..

masuk je dewan, memang berdebar sgt..sebab preparation last minutenye..dengan demam..nasib baik angah ade bekalkan sweater..kalau x beku dalam dewan tu.. malam sebelum tu..callmak..mak dah suruh balik..tapi banyak bnda kena selesaikan dahulu ..hujung minggu ni anor balik..:)

balik bilik rehat2 dan kemas2 apa yang patut..pastu tidur jap…petang abiskan masa dengan tgk “iDOLA KECIL” tv9 ..comel sangat..

malamnye pula..around kul 7-9 pm ari dtg bilik..byk topik kami bincang ..x sedar masa berlalu pantas..kami berkawan sejak matrikulasi..byk bnda yg kami kongsikan…

kul 9.40pm rasa lapar sgt ..g makan dengan ari n kak anis..huhu ..kak ..org akan ingt camca dan garpu kak…thanks..nak dijadikan cerita kami pun pergilah ke restoran murni ss2, tapi tutup then nampak kedai durian..ape lagi…ari ambil 4 biji durian d24..harga= 25..mahalnye…tibe2 ari..eh alamak ak salah pandang la…ingtkan 50..5 rgt rupanya…huhu..kenangan..tapi ade bnde yg saye br belajar…tgh2 makan uncle bagi garam…garam ni untuk apa …durian panas..makan dgn garam br sejuk…kamu boleh makan banyak2…boleh amalkan kalau g kebun durian ni…

sebenarnye sy dh lama x makan durian..2 thun lepas..sejak arwah nenek x de..setiap kali pndang durian sy akan sebak..sebab nenek memang suke durian.. malam2 ke petang2 ke pagi2 ke….kalau dengar bunyi kt dapur…neneklah tu tgh mkn durian yg kami dh sedia letak atas meja..nenek saya memng penggemar durian..lori durian tu memang akan berhenti dpn rumah nenek…dh lama sangat x mkn..alfaatihah tuk nenek..

hr tu makan pun sebab ari kate..mak dia kalau demam bg dia makan durian..terdetik dlm hati nk cube..saye makan durian..balik bilik huhu..panasnye…x tahan…duk mandi je…tekak sakit…selesema.. tapi td..walaupun demam ni x berapa ok sangat…nampak je durian tersa satu semangat…sy rindu makn durian ramai2 dengan kakak abang…kami akn bersungguh2 buka durian..ingt lagi..kalau kat pasar malam..ade jual durian selonggok 10 rgt..habis berniaga mak akan beli dn balik je kami mkn..mak selalu pesan amalkan petua org dulu2..minum air dalam kulit durian tu…sampai sekarang saya amalkan.. :)
adekalanya..dr selonggok durian yang kami beli… hanya satu biji yang baik..sedih jg masa tu..tapi yang ketaranya saya lihat…mak x kan makan durian tu..dia akan bg pd kami..bila tanya mak kenapa x makan…mak dh lama maakan..dulu saya x fhm..tapi lama kelamaan saya fhm bila ada ketikanya mak kate..kalau ade makanan dalam mulut pun mak akan bg pd anak2 dia… sungguh besar jasa seorang ibu…

semasa diskusi dengan ari tadi ..kami berdua sependapat…memandangkan kami dr latar belakang yg sama dibesarkan oleh ibu tggal..tapi berbeza sosio ekonomi.. pendapat kami jrg x sama… mcm tadi.. aini ak hrp bakal suami ak dapat terima cara hidup ak..mak ak..dan jgn jauhkan ak dr mak ak..

saya: ak pun sama..tapi kita kena ingat..bila kawen nnti syurga kita bwh telapak kaki suami..bukan ibu lagi…. :(   doalah ari supaya jodoh kita nnti..dpt terima kita seadanya..terutama terima ibu kita..sebab ..selepas ijab tu..kita bukan berkahwin dengan suami shj..tp keluarga dia jg…kita harap yang sebaliknya juga dr dia..

usia yg meningkat ni..banyak bnda yg perlu difikirkan..kebelakangan ni sy suke ggu seseorang dgn soalan sebegini..suke melihat responnye…terus terang..saya belum bersedia lagi…kerana bukan mudah untuk menjadi isteri yg solehah idaman setiap suami.. banyak lagi kekurangan yg saya perlu perbaiki..agar saya dipandang baik dimata dia dan DIA..insyaAllah…andai sudah tertulis jodoh itu..x kemana..doalah yang terbaik bersama kita…

saya sering mengajukan soalan kepada junior saya yang akan berkawin..adik..nape nak kawen awl..jauh dr maksiat kak..ade jg yg jwb..dh sampai seru,..kawen awl kan bagus kak.nti sy dpt tengok anak saya membesar…hurm..soalan seterusnya..dik..x nak balas jasa mak ayah dulu ke…jwbnye, kak dah kawen x semestinya x dpt baas jasa mak ayah… saye: tapi.lepas kawen tggungjawab kita lg besar…tgjwb pd suami, anak2 , kerjaya..boleh jaminkah kita akan bg sepenuh perhatian pd ibu kita… adik tu terdiam dan berkata…saye dh pilih jln ni kak…dan insyaallah kak , sy akan cuba yang terbaik . :)
Ya Allah..ya Tuhanku..permudahkanlah urusan kami…seandainya dia jodoh yang terbaik untukku…jauhkan kami dr kemaksiatan…Amin..YA RABBAL ALAMIN…

…utk seseorang…

bismillah,

cekgu aini..

UM, KL

(CELCOM BROADBAND - credit to ros..)

kalau nak happy jgn happy sangat..kalau nak ketawa jgn ketwa sangat..sebab nnti bila dh banyak ketwa ilmu hilang..pastu nnti cepat sangat menangis..pesan org tua2..

time kasih pd seseorang yg call guna “hepi” …make me happy …as usual end of call mesti nak nangis… because of one word.. ..sebab kite jauh….

ramai yg tegur…kenape sy asik nak risaukan ht org lain…kenapa x fikir hati sendiri..sebab…saye ade hati…dan saye bukan “penjual ikan” .. sebolehnye sy x mahu org lain berkecil hati dgn saye..sy x mahu kerana saye sesuatu hbgn persahabatan menjadi jauh…sy x mahu semua itu…sebab sy mahu yg terbaik tuk semua org…

angin..kau nyanyikan lagu untuk permataku…

tenang selalu…

bayu …sampaikan berita..

yangku kini ceria aman bahagia..

# orang tv kate…kite tengok satu bulan yang sama…so ..kita dekat ler..

Ya Allah… permudahkanlah urusan kami…dunia dan akhirat..

…. mimpi…….. …

bismillah

cekguaini

UM, KL

busy sgt dgn exam…dan ketiadaan internet blog ni nk berhabuk dah..huhu…

kekosongan idea tuk menulis..

batasan waktu yg mengikat..

dek kesihatan yg terggu sejak semalam..

perubahan cuaca…

headache….:(

mimpi yg membuatkan air mata mengalir..series…

first, bgun tidur mimpi mak suruh ambil kain batik..

terus bgun amik kain batik..

2nd mak..peluk smbil kate..mak x leh balik ..

mak k####n lain…smpi nangis x ingat..

# terus call mak..mak x sihat…huhu, separuh bdn sakit..siap mak boleh kate..mak dh nk pergi kot…mak jgn ckp mcm tu… mana nak g mane..( dlm hati TUHAn yg tahu, lagilah duk mengalir je air mate ni )

pastu duk gelak2…mengarut sgt mimpi tu…bak kate mak..cinta mak tuk orang ” tiang dua” sampai akhir hayat..:)

msg dgn cik abul..ade ke…best la awk dpt ayah bru..sesedap mulut je berkate2..huhu..

Ya Allah..ak mohon ya Allah..lindungilah ibuku..lindungilah mereka yg ak sayangi..

pd roomate, yg duk tgk tak kejut…nisa..asal x kejut akak..

kak aini nangis smpi kerut2 kening..huhu..

mimpi tu mainan tidur…..


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa….

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

…Buat semua…

bismillah :

cekgu aini

kolej kediaman ke 10 ,UM

pg ni bgun dengan harapan ade bnde yg lebih baik akan berlaku. alhamdlillah, akak msg  kate akak dh dlukan beli handphone , maklumlah susah sgt nk cr charger mmobile, duk kena gelak je ngan pak cik telepon..kenapa pakai hp tu, pak cik…sy ni memang x kisah jenis hp asalkan leh guna.. Insya Allah esok balik kg tuk hntar barang n ambil hp..

hmm.. my dear blog, x lama lagi blog ni akan kesunyian semula…dan berhabuk…kesian kamu nnti, sayang sangat blog ni..byk kenangan…insyaallah..dr masa ke semasa jika ada peluang sy akan update blog ni, walaupun sy x pernah bersemuka dengan kwn2 yg ade kat blog ni.. tp saya happy kenal dengan kamu..biiznillah…hopefully ..kita akan jumpe nnti…kepada kwn2 … syukran ala kulli hal…uhibbukum fillah…. saya menyayangi kamu semua kerana Allah..

nnti smbung balik, hmm..nak study jap..pd sesiapa yg ade paper hr ni ..semoga berjaya dan dipermudahkan segala2nya..amn..

….sometimes…

bismillah

cekgu aini

UM KL

Sometimes someone says something really small -

and it just fits into this empty space in your heart.

And you can feel it settling in there, maybe for the rest of your life…

bismillah

cekgu aini.

UM KL

slm,sibuk dgn persediaan terakhir sebelum final, utk kamu semua yg bakal menduduki final exam… Bittawwfiq wannajah filimtihan..:)

Yang dilihat dan diukurNYA bukan sejauh mana usahamu… tapi sejauh mana tawakkal dan PERCAYAmu nan jitu. Pergantungan padaNYA. Tapi tak bermakna tak perlu berusaha. USAHALAH semampumu. Tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan. BerIMANlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata - mata padaNYA. Itulah penentu kejayaanmu. Kejayaan yang bukan milik sesiapa, tetapi adalah milikNYA. Jadi, seyakinnya hendaklah kita pohon dariNYA semata.

…alhamdulillah…

bismillah

cekgu aini

UM KL

alhamdulillah..for this happiness…alhamdulillah for everything…jd kan dr ni lebih matang..alhamdulillah… ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dunia dan akhirat.. Amin..Ya Rabbal Alamin..

# buat rakan2 doakan kejayaan sy tuk final exam ni. All the best k.. :)

# my bucuk, Allah knows the best for us..insyaAllah..kte cube yg terbaik..kta sama2 utamakan yg lebih penting dulu k.. Mudah-mudahan yg terbaik bersama kita…. :D

Older Posts »